Impianku buat tanahair tercinta
Wah, tajuk memang menggemparkan. Jangan salah sangka. Post ini bukanlah tercetus hasil inspirasi memerhatikan fenomena bersejarah apabila rakyat dunia Arab (Mesir, spesifiknya) bersatu dan bangkit menuntut perubahan. Sebenarnya, saya sudah terfikirkan satu siri tulisan untuk berkongsikan impian peribadi saya buat negara Malaysia sejak akhir tahun lepas lagi. Tapi disebabkan tulisan ini ‘berat’ dan memerlukan lebih masa dan usaha untuk menggarapnya, jadi tertangguh pula. Oh, alasan … alasan. Tapi saya akui, apa yang sedang terjadi di Timur Tengah mendorong saya supaya tulis sahaja sekarang, dan berhenti bertangguh lagi.
Jujurnya, saya segan juga untuk menulis hal ini, sebab ia lebih berupa ‘impian’. Barangkali saya cuma akan dapat kongsikan apa yang diimpikan di hujung perjalanan (the end result), tetapi tiada pula cadangan bagaimana cara-caranya untuk sampai ke sana. Tapi, harap-harap ia masih ada makna. Sekurang-kurangnya, menjadi bukti, saya masih sayangkan negara ini, dan masih optimis dengan masa depannya. Ya, masih ada harapan!
Saya mengimpikan sebuah negara, di mana pihak berkuasa atau pihak pemerintah dan masyarakat secara umumnya mempraktikkan, mengutamakan dan mempromosikan kebaikan atau budi pekerti secara total, secara ikhlas, dari akar umbi, dari bangku sekolah. Apabila berbicara tentang modal insan, kita bukan sahaja memaksudkan skil-skil dan kemahiran ‘teknikal’, tetapi juga ketinggian akhlak dan peribadi. Nilai-nilai murni bukan menjadi subjek untuk dipelajari di sekolah, tetapi diterapkan melalui contoh dan amalan. Saya juga mungkin agak naïf berkata begini, tetapi saya percaya manusia ini pada dasarnya baik, dan fitrah manusia cenderung ke arah kebaikan.
Saya mengimpikan sebuah negara, di mana agama dilihat sebagai sebahagian daripada hidup yang lengkap, bukannya terpisah. Agama harus jadi satu misi bersama, dalam hidup bermasyarakat, bukan terasing sebagai hak individu semata. Ini bukanlah bermakna hak kebebasan beragama itu disekat, malah sebaliknya. Perbezaan pendapat seharusnya diraikan, bukan menjadi punca perbalahan yang tidak berkesudahan. Usah gentar meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat dalam beragama kerana risaukan sokongan rakyat akan ‘beralih ke pihak lagi satu’. Saya teringat cerita adik saya sewaktu dia di universiti dan ketika itu pilihanraya kampus sedang giat dilangsungkan. Seorang calon pemimpin pelajar menyuarakan kebimbangannya kepada rakannya, “Macam mana ni? Makin ramai orang pergi suraulah!” Ah, mengapa begitu?
Pemimpin tertinggi menunjukkan contoh teladan yang baik. Tiada kekeliruan dalam membuat perancangan dan keputusan. Contohnya, pelajar sekolah harus diberikan ruang, kesempatan dan galakan untuk bersolat dalam waktu sekolah, dan tidak harus berasa terhalang atau tidak sempat untuk bersolat Jumaat (sesi petang). Agenda dalam majlis atau acara rasmi harus meluangkan waktu untuk peserta bersolat, bukan sahaja dituliskan sebagai ‘waktu rehat’ tetapi jelas sebagai ‘waktu solat Zohor’. Paling baik jika acara solat berjemaah diaturkan dan dijadikan agenda. Tuntutan solat juga harus diperingatkan di papan iklan (billboard) dan siaran media, bukan tuntutan zakat sahaja. Ini bukanlah bermakna, kita harus menjadi seperti ‘diktator’ dalam urusan agama. Tetapi semua ini lebih kepada mengajak yang terbuka. Jangan pula menghukum. Indahnya apabila agama dibudayakan (bukannya sekadar budaya, tetapi bermakna diterap dalam kehidupan seharian), apabila manusia takutkan Tuhan. Kita sebagai satu masyarakat (god-conscious society) akan lebih amanah dalam urusan seharian, kerana kita tahu kita sentiasa accountable dengan segala apa yang kita lakukan. Tuhan sentiasa melihat. Kita tidak berani langsung untuk mengambil rasuah, atau berlaku zalim (tidak adil), atau melakukan jenayah.
Utopia, bukan? Sebab itulah, visi ini saya katakan sebagai ‘impian’.
(Akan disambung, insya-Allah ... )
14 comments:
boleh tak berkongsi impian? sebab sya jugak punya impian yg lebih kurang sama tp tak tau nak story lagu mana.. :D
semoga impian kita jadik kenyataan suatu hari nanti.. insyaallah..
ya Allah..what you wrote reflected what i've always wanted! nak keseluruhannya beragama, buksn sekadar atas nama sahaja
AREN'T WE ALL ...
every success starts with a dream.
:D
impian sama bagi ramai orang, tapi seperti biasa, saya akan tanya diri saya, apa sumbangan saya untuk realisasikan impian ni?
tu yg jadi 'segan' nak tulis tu hehe.. cakap je lebih, tapi usahanya mana?
knv, teringat pulak martin luther king: i have a dream ...
Sudut pandangan baru: Kalau manusia melakukan sesuatu kerana sayangkan Allah lebih jauh besar nilainya daripada jika mereka takutkan Allah. Di situ tampak keikhlasan
salam perkenalan. K.nida cousin Ummu Aini/Aida. Silent reader :). dah link blog mynie. Suka baca citer mynie didik yr children, boleh jadi pedoman buat K.Nida.
This entry, eerrmmm.. we share the same dream. Well, penah 'voice out' pandangan about kualiti sbb dulu keje gomen, lecturer kualiti. Pastu dipanggil VC n suruh resign n almost diblacklist by most univ in mesia. Jobless for almost 5yrs, then attend KPLI for a yr, then jobless balik. Masà tu mungkin darah muda@x kena cara...heheh.
But, rezeki di tangan Allah swt, bukan di tangan manusia. Rezeki ditutup di Mesia tapi Allah swt Maha Kaya, dibuka pintu rezeki di bumi Anbia' n rezeki mengunjungi Ka'abah as much as I prefer. Alhamdulillah. Hubby yg keje, K.Nida still x keje :)
Am waiting for yr next post, kalau boleh nak contribute jgk. Sapa x nak lihat anak2 M'sia mempunyai nilai2 murni yg tinggi.
asma,
itu tingkat iman yang lebih higher level. semoga kita dapat capai tahap tu :)
kak nida,
salam perkenalan :) saya pun pernah bloghop ke blog kak nida via blog aini/aida. eh, saya rasa takdelah byk mana saya tulis pasal anak-anak, tapi alhamdulillah saya bersyukur, kalau ada mana post2 dlm blog saya yang bermanfaat.
terkilan dgr cerita kak nida, kenapalah mereka 'sensitif' sgt dgn teguran. patutnya kita bersikap terbuka dan positiflah kan? sama-sama nak tingkatkan diri. takpelah, like you said.. rezeki akak skrg di tanah haram, untungnya! saya belum pernah sampai.. sgt teringin...
err.. kak nida jgn tunggu2 sgt ye sambungan muncul dgn cepat, sbb saya ingat nak tulis berselang2 dgn post lain hehe.. saya pun nak linkkan blog akak ke sini. tq..
mynie, sorry for not commenting earlier, aku just nak cakap i agree with you, especially bab iklan media, plus maybe lunch hour patutnya bermula as soon as azan zohor, maknanya tak fix, so that org sempat join jemaah masjid, and maybe waktu Asar juga boleh di-officialkan sebagai waktu rehat, tea time for the non muslim
another thing is credit card, we have been desensitized about it w/pun ia dosa besar
bas,
i so agree with you pasal waktu break tu kena synchronise dgn waktu solat, including for schoolchildren, patutnya waktu solat ada dlm jadual. ni diorg kena sacrifice waktu rehat tak makan kalau nak solat. bila takde waktu khusus, cuma yg betul2 ada kesedaran dan disiplin lah yg pergi solat, yg lain tak kisah. it should a rule rather than exception. rather than kalau nak solat minta permission/cari ruang, patutnya ruang itu disediakan. kita bukannya di negara bukan islam..
also, since kau je yg paham konteks ni, ada teringin nak buat confession: one of my biggest regret is aku tak manfaatkan peluang masa pegang bada form five dulu to actually do something. mmg masa tu aku takde kesedaran, takde misi, takde matlamat. huhu.. may Allah forgive me. dan semoga jadi pengajaran utk masa akan dtg.. yelah, tak guna menyesali kesilapan masa lampau except to learn from it.
i have lots of regrets too..nothing to be proud of our bada years kan :( but honestly at that time i didn't see anything lacking, kita memang KaTaK bawah tempurung hehe
my biggest regret- not taking arabic as my 3rd language, bukannya aku pakai pun jap language tu skrg, although surely there is a hikmah in that, hopefully soon i'll realize it, insyaAllah
bas,
masa tu aku tengok bada as just another duty, another responsibility, not an opportunity, no passion...
pasal arabic language, aku yg belajar dr darjah 1 sampai form four, pastu ambik personal classes kat uni, pun tak pandai2 lagi. huhu.. malu.. anyway, if you plan to self-teach your self arabic, i'd recommend (since kau kat uk) looking for 'arabic language for english speaking students' (3 books series) by Dr V Abdul Rahim, published by UK Islamic Academy (Leicester).
glad to tell you that i've started since ramadhan :) click my blogger profile and you will see another blog dedicated to it, or aku just bagi kau link
http://icanspeakarabic.blogspot.com/
aku follow a youtube channel of nabeel alkhalidy who is an arabic teacher in australia, nama channel dia Learn Quranic Arabic, still in beginners class of course, baru belajar mudaf and mudaf alaihi hehehe if kau tengok the channel ada series for advance learners jugak by dr v abd rahim himself, my class is taught by a canadian pakistani, cikgu Asif (boleh nangis tengok dia baca doa)
plus nabeel alkahalidy also teaches his viewers himself, but he specializes in the miracles of the Quran, kau pegi blog aku tu and see links- Teacher Nabeel
Quran indeed is a miracle!--i know you and every muslims believe this, but he will make you SEE it :)
but of course, skrg dah zaman youtube hehe... these resources are great!
aku follow blog kau, k? (by linking it up here so that aku tau bila it got updated)
Post a Comment