Hang Nadim saya
Munief suka dibacakan cerita sebelum tidur, tapi tempoh hari kami tidak membawa buku sewaktu pulang ke kampung, jadi saya pilih saja satu cerita daripada kotak memori.
Ummi: Pada zaman dahulu, di negeri Singapura, ada satu kawasan pantai kena serang dengan ikan todak. Munief tahu tak ikan todak macam mana?
Munief: Tak tahu.
Ummi: Ikan todak ada mulut panjang yang tajam. Dia boleh melompat daripada permukaan air. Sebab orang cedera bila terkena mulut ikan todak yang melompat ke pantai, jadi orang pun kena fikir macam mana nak lawan ikan todak ni.
Munief: Tapi, bila ikan todak lompat ke pantai, takde air, dia mati lah kan?
Ummi: Ermm.. ya, betul. Tapi masa dia lompat tu, sebelum jatuh ke pasir, terkena orang.
Munief: Orang kat pantai janganlah duduk dekat dengan air, jauhlah sikit.
Ummi: Ermm.. Ramai orang yang dah duduk-duduk jauh. Tapi ikan todak tu boleh lompat jauh jugak, ada juga orang yang terkena. Lepas tu, ada seorang budak bernama Hang Nadim ada satu idea. Dia cadangkan letak batang pisang di tepi pantai supaya ikan todak terlekat di batang pisang masa dia lompat. Bagus tak idea dia?
Munief: *angguk*
(Dalam cerita saya, Hang Nadim tidak dihukum kerana kepintarannya. Saya tidak suka penyudahan asal, jadi suka hati tukar sendiri :) )
5 comments:
hehehe..hang nadim (munief) cerdik cilik :D
eh hang nadim kena hukum?
ummu auni,
harap2 critical thinking tak menghilang as he grow older..
aida,
bukan raja hukum dia sbb takut dia akan cabar bila besar?
oh lupaa.. rugi raja tu.. he lost one of future thinking person. bagus untuk menyumbang idea polisi ekonomi singapura :)
aida,
itulah - jenis raja yang lebih risaukan hilang kuasa berbanding apa yang trebaik untuk negara heheh ;p
Post a Comment