Antara Facebook dengan blog
Walaupun telah lama membuka akaun Facebook, saya cuma ‘aktif’ (yang tak berapa aktif mana pun) dalam setahun dua kebelakangan ini. Namun, blog tidak dipinggirkan, kerana bagi saya kedua-duanya ada fungsi berbeza. Facebook bagi saya, tempat berkomunikasi dengan rakan-rakan (dari sekolah rendah hinggalah ke kawan yang baru kenal) – untuk keep in touch. Blog pula tempat saya ‘menulis’ (menulislah sangat) – expressing myself, dan juga berkongsi apa-apa yang ‘segan’ saya nak kongsi dengan rakan-rakan di FB, seolah-olah saya berblog secara anonymous (walaupun sebenarnya taklah anonymous sangat). FB dan blog memberi gambaran dua fragmen diri saya yang berbeza.
Sebenarnya, saya rasa waktu yang dihabiskan membuka akaun Facebook agak membazir, tapi saya hargai sebahagian berita-berita rakan-rakan yang saya baca di situ. Berita/cerita seumpama ini, barangkali 20%, yang selebihnya tak baca pun tak mengapa ... Saya dah cuba berazam untuk tidak membuka akaun Facebook terlalu kerap, mungkin dikurangkan daripada sehari sekali (lebih kurang 15-30 minit) ke sekali setiap dua hingga tiga hari. Tapi ... setakat ini belum berjaya. Dah jadi habit agaknya. Tak mengapa, terus mencuba.
Twitter memang saya tidak terjebak lagi kerana setakat ini saya masih belum nampak manfaatnya.
7 comments:
Saya dh berjaya x buka FB, berhari2, berminggu, berbulan2, hinggalah dpt notis drpd fb heee2. Jarang sgtlah ada berita penting kt situ. Request pun punyalah byk yg x dilayan. Hari tu ada ler bukak kejap, pastu jadik mls balik.
sy dah buka akaun FB, tapi tak tau kenapa memang tak berminat utk update status walaupun kadar privasi boleh dikawal.
masih tak nampak apakah kegunaan FB. hahaha. maafkan sy, klo ada sesiapa yg fanatik dengan FB. it's just that, FB is not my thing.
sy sukakan blog. walaupun bermula secara anonymous di blog - sikit demi sikit berkenalan dengan kawan2 maya yg tak pernah sy temui - tapi memang jumpa juga kategori yg sekepala. cuma semenjak dua menjak ini kebetulan 'terserempak' dengan kawan2 alam nyata - juga disebabkan blog! :P
kebanyakan kawan alam nyata susah mengecam sy di blog - kebanyakannya komen "ohhh, ini blog ko ke?" - yg ini melegakan sy, sebab masih rasa anonymous walaupun dikenali. hahaha.
kak suraiya,
wah.. target saya takdelah tak bukak sampai berbulan-bulan :)
mio,
kalau di FB, saya appreciatelah dgr cerita kawan yang baru bersalin ke, atau jemput dtg kenduri ke, atau baru pindah ke, gitulah.. saya pun tak update status selalu.
blog saya ni saya tak war-warkan pada kawan2. agaknya kalau lebih ramai kawan2 pre-blog baca, saya akan rasa lebih pressured utk 'control' apa yang sy tulis..
saya suke fb utk jumpe balik kawan2 lama @ sedara2 jauh & suke baca update tentang perkembangan masing2.. rasa kalau tak de fb, byk berite tak sampai.. bukan senang nak kumpul balik ramai2.. dengan fb bole kumpul secara maya..blog plak just sebagai terapi utk saya..
mama2nur,
setuju. saya pun appreciate dpt 'keep in touch' dgn kawan lama & sedara jauh..
pendek kata, facebook - social, blog - personal..
susah utk tak bukak FB sbb guna BB...huhu...
twitter saja2 bukak tp baru skrg ni rasa ada kegunaannya sbb klu kite follow i.e. hadis of the day, so setiap hari akan ada tweet psl hadis...secara tak langsung tambah ilmu+reminder buat diri sendiri...insya allah...
zila,
betullah tu, semua benda ni 'tool' saja, terpulang kepada kita nak guna macam mana. bagus follow tweet hadis tu :)
Post a Comment