Monday, June 20, 2011

Kekal sekufu

Betul juga kata Ustaz Muhammad Abdullah yang menjadi tamu slot Wanita Hari Ini pagi tadi (di Radio IKIM, peneman saya apabila memandu seorang diri). Kita selalu sebutkan pasal 'sekufu' apabila memilih atau mencari pasangan hidup, tetapi sama pentingnya juga, ialah usaha untuk mengekalkan 'sekufu' itu sepanjang tempoh perkahwinan. Manusia berubah dan berkembang (apa terjemahan yang tepat untuk 'grow', ya?) mengikut apa yang dilaluinya sepanjang kehidupannya. Suami yang sering mendengar kuliah Zohor misalnya, dan mendapat kelebihan diperingatkan selalu dan bertambah ilmunya, boleh jadi 'tiba-tiba' mendapati aspirasinya berbeza dengan isterinya setelah lima tahun. Yang sewajarnya, si suami harus berkongsi kefahamannya dengan isteri supaya masing-masing boleh menyelaraskan pemikiran (mindset), aspirasi, dan jangkaan (expectation) supaya kekal 'sekufu'.

Yang lucu (tapi sebenarnya tak lucu) adalah kisah yang Ustaz Muhammad kongsikan, tentang seorang suami yang beritahu padanya dia mahu kahwin lagi satu kerana isterinya tidak boleh berbahasa Inggeris! (apa punya alasan daaaa) Alkisahnya, setelah sepuluh tahun berkahwin, penguasaan bahasa Inggeris si suami semakin meningkat melalui sebab pekerjaannya. Barangkali si suami ini sampai ke tahap berfikir dalam bahasa Inggeris dan perlu ekspresi dirinya dalam bahasa Inggeris. Tapi yang sepatutnya, dia perlu mengajar isterinya (seeloknya dari awal) jika itu yang dia mahu (dan jika itu betul-betul penting bagi dirinya!). Jangan ambil mudah, dan jangan pilih jalan mudah saja!

Peringatan buat saya, perlu sensitif terhadap perubahan dan perkembangan diri dan suami dan perlu berkomunikasi untuk mengekalkan 'keselarasan' (atau 'kesekufuan'?). dengan suami.

2 comments:

afidalina

very lame excuse kan mynie. isk2. nauzubillah.

SMM

afi,
tu lah.. first time dgr such thing. nauzubillah..

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP