Sunday, June 05, 2011

Kitchen gadget baru

Terima kasih KNV kerana sudi tolong belikan breadmaker ini, memang khidmat masyarakat sungguh. Jimat duit sekurang-kurangnya RM100.

Cubaan pertama roti putih biasa yang paling asas. Rasanya pun sangat plain, tak boleh 'dimakan begitu sahaja' - kurang-kurang pun harus cicah air panas. Saya pula belum ada pisau yang sesuai (ok, masuk dalam shopping list), jadi nak memotongnya pun tak cantik sangat. Ada sesiapa yang pernah bakar roti sebuku begini, pernah berjaya potong nipis saiz untuk masuk dalam toaster?


Disebabkan roti plain terlalu plain, jadi kali kedua cuba letak kismis pula.


Kemudian cuba resipi brioche, memang enak - sebab memang tinggi kandungan mentega dan gula. Yang ini boleh dimakan begitu sahaja. Tiada gambar, sebab rupanya sama sahaja dengan buku roti plain di atas, cuma warnanya lebih keperang-perangan.

Cubaan menggunakan breadmaker untuk buat doh pula menghasilkan sausage bun yang tidak cantik. Susah juga nak bentukkan dohnya, melekat-melekat pada tangan (nampak sangat amatur! ;p)


Kesimpulannya, I like!! Saya (dan suami dan anak-anak) memang suka roti, jadi harap-harapnya saya akan kerap guna breadmaker ini (supaya ia tidak jadi gadget 'gajah putih' di dapur saya). Saya sangat suka bau roti baru masak yang harum. Cuma, saya lebih suka kalau ada fungsi timer, supaya roti boleh siap untu sarapan awal pagi tanpa perlu bangun pukul 4 pagi (ia ambil masa 3 jam untuk siap). Atau sebenarnya ada, tapi saya yang belum habis baca manual (Kenwood BM250)?

Dan yang ini bukan roti, tapi puding pic yang saya buat untuk jamuan bulanan di tadika Munief. Rasanya ini amalan biasa di tadika, minta ibu bapa sumbangkan makanan untuk jamuan (voluntary basis).

7 comments:

Ummu Auni

wah bekerja gigih breadmaker :D

tinidewi

sepatutnya ada timer! BTW, BMku masih lagi gajah putih kih3x.

SURAIYA PAUZI

saya tak berani nak beli gadget dapur sbb mmg konpem jadi gajah putih. hangat2 taik ayam je selalunya projek saya

Mynie

ummu auni,
harap2 boleh konsisten..

kak tini,
malasnya nak baca manual cari ada timer tak hehe ;p cepatlah guna BM-mu dan kemudian postkan gambar roti di blog, boleh?

kak suraiya,
target saya nak kena guna sekurang-kurangnya 400 kali sepanjang hayatnya supaya berbaloi 'melabur' untuk fixed cost yang bukan sedikit ni..

knv

memang ada timer la yang oii. refer manual eh?

no worries. cuma kalao lalu shah alam sila singgah umah akak untuk hantar roti.

miahahhahah! :P

SMM

knv,
woops kantoi tak usaha cari cara nak buat fungsi timer haha..

Unknown

Saya pun ada...dh jd gajah putih dah tu...kna bkk manual la nmpknya..

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP