Friday, August 26, 2011

Ejen cari dana untuk rumah anak yatim

Rabu baru-baru ini, kami (AJK surau di bangunan saya bekerja) meraikan anak-anak yatim dari Teratak Nur Barakah dan Pusat Kebajikan Al-Nasuha di majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan.

Semalam salah seorang sahabat saya menceritakan satu peristiwa yang berlaku sewaktu acara solat tarawih, di mana sebahagian daripada kaum hawa yang uzur duduk-duduk di luar dewan. Kak R melihat wajah Puan F, pengerusi salah satu rumah kebajikan yang kami jemput, muram sahaja. Dia pun bertanya mengapa. Puan F menjawab jujur, "Separuh sumbangan yang kami dapat, kami harus beri pada Puan X." Terkejut Kak R mendengar. "Kenapa pula?" Puan F menerangkan, Puan X (yang juga ada turut serta dalam majlis itu) merupakan ejen mencari dana untuk beberapa buah rumah kebajikan. Dia khusus bekerja pada bulan Ramadan sahaja dan akan menulis kepada atau menelefon badan-badan korporat untuk meminta sumbangan. Dan kemudian, dia akan mengambil bahagiannya separuh daripada sumbangan itu!

Tercengang saya mendengar. Biasanya pihak sukarelawan membantu mencari sumbangan secara ikhlas, dan kalau meminta sedikit saguhati sebagai imbalan masa dan tenaga yang digunakan pun, tidaklah banyak mana. Tetapi ini ... memang satu penyelewengan! Dia seperti mempergunakan nama rumah-rumah kebajikan ini untuk mencari pendapatan untuk dirinya sendiri. Melampau!

Merah padam muka Kak R mendengar penjelasan Puan F. Katanya, "Biar saya sendiri jumpa Puan X untuk ingatkan dia supaya jangan ambil duit hak anak yatim." Puan F menegah, "Jangan. Nanti dia tahu saya yang beritahu." Kak R meyakinkan Puan F bahawa dia akan cuba beri peringatan tanpa terlalu berterus-terang.

Kak R pun pergi berjumpa Puan X dan berkata, "Duit sumbangan yang kami kutip ini semuanya hak untuk anak yatim. Kami hanya memegang amanah penyumbang-penyumbang lain. Puan jangan ambil walau satu sen pun, ya? Puan tahu kan, betapa besarnya dosa memakan harta anak yatim. Astaghfirullahal'azim." Puan X terpinga-pinga apabila 'diserang' begitu. Kak R menambah, "Saya bukan ingatkan puan saja, rumah lagi satu pun saya cakap juga." Harap-harap Puan X ini sedar.

Saya pun diperingatkan juga. Rupa-rupanya kita perlu berhati-hati juga dengan individu-individu yang membantu mencari dana (fund-raising) untuk rumah-rumah kebajikan ini. Rupa-rupanya ada yang tidak ikhlas dan mengambil kesempatan. Naudzubillah. Semoga Allah campakkan juga keikhlasan dalam hati-hati kita semua.

Dan kerana ini mungkin post terakhir saya sebelum bercuti panjang minggu depan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya dan maaf zahir batin kepada semua rakan-rakan dan pembaca yang singgah di sini. Terima kasih juga kerana sudi membaca dan berbual dengan saya di sini. Tidak dilupakan juga selamat menyambut hari kemerdekaan negara. Dengan patriotiknya, saya mengibarkan Jalur Gemilang di rumah maya saya ini. Madrasah Ramadan tahun demi tahun kita lalui, moga Allah kurniakan ketakwaan kepada ini dan kemerdekaan daripada belenggu hawa nafsu.

8 comments:

SURAIYA PAUZI

Cis, sanggup dia makan harta anak yatim. Bulan posa pulak tu buat kerja mcm tu. Besar sungguh dosanya. Mudahnya nak cari duit (cara haram).

SALAM IDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Mamaboyz

oo ada yer org camtu, maybe dia mmg tak tau sebab rasanya siapa tau pasal mkn hak anak yatim ni mesti tak berani buat, mmg patut tegur dia, by the way selamat hari raya mynie!, open house jgn lupa jemput aku ok

tinidewi

errmm kalau orang putih, mereka memang amalkan seperti ini. teringat kes budak yang kulitnya bersisik dulu. orang putih yang 'sukarelawan' tu claim that the family tak membantu, meaning tak bersungguh buat treatment, yang family tu pula claim 'sukarelawan' tu ambil a portion of collected money. for discussion, kalau duit tu diambil utk cover kos e.g. advertisement, travelling cost etc. adakah dibenarkan?

Ummu Auni

sampai 50% tu melampau nya! she should mention 10% ke guna untuk kos travelling etc etc. kalau ikut kawan especially yang minta derma & kita tak tahu kejujurannya, (assume: jujur), itu antara dia dengan Allah, kita dah beri ikhlas.

kalau di sini, untuk bayaran aqiqah/korban, dah ada clause 10% bayaran untuk aqiqah/korban akan digunakan untuk pengurusan yang mana kita tak kisah pun especially dah terang-terang beritahu macam tu.

selamat hari raya :) bila open house rumah baru, hihihi

mynie

barangkali memang dia 'tak tahu'. bila dapat 10k, mindset dia ialah dia berjaya beri rumah anak yatim tu 5k, bukan dia ambil 5k. moga-moga dia sedar..

ummu auni,
insya-Allah, nak juga jemput kawan-kawan dan keluarga. cuma mungkin tak sempat syawal :)

::ziLla::

first time dengar mcm ni...
cumanya tak tahu apa yg dia fikir masa buat syarat mcm tu...bagusnya ada yg berani menegur...yerlah, kite pun tak kisah kalau org yg susah payah cari fund tu ambik duit upah die p sana sini call sana sini tp klu separuh dr total collection mmg melampau...

Asma Wan

Heard the same thing. Once, when I wrote an e-mail to TV3's program where the crew would go find poor people and donate food and other things, I enquired whether donations of the public went directly to the families or did the donations fund the "expedition team's expenses" as well. No response! That's why my friends and I when involved in charity drives we directly hand the funds to the orphanages/society itself. There is someone seeking to profit from others' generosity. Shame

SMM

zilla,
tulah, kalau sikit tu logiklah utk cover cost dan masa dia tp jgnlah melampau..

asma,
ha'ah ye tak ye jugak. tak patut lah kalau public donation is used to fund the show production... similarly, that's why it's easier to give through friends you know, too.. when we organised the buka puasa event tu, we were very conscious of separating the funds meant for event expenses vs yg collect from staffs utk anak yatim, mmg kitorg make sure all go to the kids/homes.

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP