Thursday, August 11, 2011

Giveaway blog Mesra Idea

Mesra Idea? Blog mana pula tu? Sebenarnya saya baru tukar nama blog terbaru saya daripada Mesra Niaga jadi Mesra Idea. Lepas tulis sepuluh post, terasa macam nak luaskan lagi skop.

Ini giveaway pertama untuk blog Mesra Idea.



Bila? Mulai hari ini hingga tarikh akhirnya 30 Ogos 2011.

Hadiahnya? RM50 'duit raya' menerusi cabutan bertuah.

Caranya?
1. Tulis satu post mengenai giveaway ini.
2. Dalam post itu, tulis wishlist anda, iaitu sekurang-kurangnya satu produk yang tiada di pasaran tapi anda mahu atau harap akan ada. Lebih pun boleh, tapi maksimum tiga. Contoh saya berikan di bawah.
3. Dalam post tu mesti ada banner dan link ke post ini. Boleh copy paste code ini:

4. Letak banner giveaway ini (dengan link ke blog Mesra Idea) di sidebar blog anda.
5. Tinggalkan komen dan link bukan di post ini, tapi di blog Mesra Idea lah.
6. Selepas tarikh akhir, saya akan guna random.org untuk buat cabutan bertuah. Pemenang yang diumumkan diminta e-mel nombor akaun untuk saya transfer hadian duit raya.

OK, pertama sekali saya nak tudung turki macam yang ada di pasaran Malaysia tahun 90-an dulu supaya ada balik. Kain jenis yang agak tebal tapi taklah panas pun, senang dibentuk, dan mudah dijaga - tak perlu gosok sangat, kalau kesan lipatan jelas sangat baru kena gosok. Siapa masih simpan tudung jenis ini? Zaman sekarang bila disebut tudung turki, lain fabriknya. Lebih nipis dan lembut. Entahlah, saya masih lebih suka yang dulu tu. Tie Rack pernah keluarkan skaf empat segi yang kainnya lebih kurang tudung turki yang saya maksudkan, tapi lepas tu dah dihentikan. Saya cuma sempat beli dua.

Yang kedua pula, saya mahu ada sejenis alat elektronik kecil yang boleh ditempek pada mana-mana barang yang selalu hilang, dan bila dia hilang kta boleh tekan alat lain yang sekaan 'remote' dia atau transmitter, supaya alat tu berbunyi dan supaya kita senang nak cari. Seolah-olah macam kita nak cari handphone, kita ring je, kan senang. Atau pun macam alarm kereta kita yang kita tekan boleh bunyi dari jauh. Saya rasa alat ni boleh sangat dibuat, cuma dari segi harga tak taulah macam mana. Kalau mahal sangat, mungkin jadi tak praktikal pula. Saiz pun mesti betul-betul kecil. Sekarang ni saya dah misplace jam tangan, entah ke mana perginya...

Dua contoh ni memang betul-betul saya punya wishlist, bukan suka-suka nak buat contoh. Anda pula bagaimana? Satu cara untuk generate idea ni ialah dengan menghabiskan ayat ini: Kan best kalau ada .... Jangan pula letak benda yang tak logik, macam nak mesin rentas masa (time travel) ke, atau pintu suka hati Doraemon.

OK, tulis sekarang! Beritahu saya wishlist yang menarik!

6 comments:

aida

baru nak tulis poket ajaib doraemon :P (my wishlist)

mynie

aida,
tak aci :)

m-i-o

kan best kalau ada.....

1. pengesan pintu dan tingkap - yg bleh berbunyi pada jam 11 malam (supaya sy tak perlu check tiap2 kali dah tutup pintu ke blum)

2. pengesan kucing yg berbunyi bila kucing melintasi sliding door (horror gile bila suatu hari sy sedang duduk di meja makan, 2 ekor kucing sedang turun tangga dari bilik tido atas - apakah!!)

3. errr...washing machine yg setelah berbunyi teet teet teet terus mengeluarkan baju2 dan menyidaikannya utk sy. hahaha!

4. sesuatu yg bleh diletakkan di dapur gas utk memantau bubur nasi anak sy (sebab sy takde slow cooker)

5. ya, sy mau sesuatu yg macam alarm - mau tempek di mulut anak sy - maka setiap kali dia ingin memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya, alarm akan berbunyi "jangan makan, jangan makan!" hahahah.

ok, setakat brainstorming. nanti ada masa dan idea yg sesuai pasti sy tulis di blog. sekarang sy sgt blank!

SMM

mio,
blank pun boleh dpt sampai 5 benda?
join lah ye..
dah seminggu baru seorang yg masuk huhu..

aida

mynie, saya tulis sini boleh ke.. baru dapat idea, nak tulis kat blog cam hihih.. malu2 plak :P

1. saya nak excel ada function copy & paste different cells (yang dipilih di row & column yang berbeza) secara serentak untuk memudahkan kerja saya untuk buat analysis

2. saya nak satu financial analysing tool untuk mengeluarkan dynamic report, seperti Essbase dan seharusnya ada ciptaan Malaysia, kerana Essbase, walaupun ciptaan yang mengagumkan, tetapi licensenya agak mahal

3. saya nak office saya mempunyai environment yang kreatif, contohnya: seperti HQ Google ataupun Unilever Malaysia yang environment tidak rigid dan staffnya boleh berehat secara kreatif. boleh baca buku/ tidur etc.. ini saya rasa perlu untuk buat staff rasa interesting dtg kerja

4. saya nak sekolah anak2 saya tidak terlalu rigid dan adopt model sekolah di negara maju seperti Sweden / UK untuk memberikan rangsangan minda kanan & kiri..

Ok semua pasal kerja / sekolah ekk.. hahahah

p/s: chance nak menang setakat ni 50:50... yey!

SMM

aida,
i like. very spesifik..
tapi letaklah di blog sekali dgn banner ye.. apa nak malu-malu hehe :)

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP