Monday, November 21, 2011

Rindu pada yang telah pergi

"Ummi, Mok dah meninggal kan?" tanya Fifa pagi tadi.

"Ya, Kakak."

Walaupun Fifa baru berusia dua tahun setengah sewaktu neneknya meninggal dunia Jun tahun lepas, tapi dia dapat mengingati bonda saya dengan baik.

"Kakak rindu Mok."

"Ummi laaagiii rindu Mok." Saya mengiyakan. Dan air mata pun mengalir deras.

"Ummi, janganlah sedih." Fifa cuba memujuk saya.

Saya angguk dan berkata padanya, "Fifa jangan lupa Mok, ya?"

Say mahu Munief dan Fifa terus mengingati dan mendoakan nenda mereka. Sebab itu saya sering bercerita tentang Mok kepada mereka, mengingatkan kembali pengalaman mereka bersama nenda mereka dan menunjukkan foto-foto yang ada. Sewaktu Mok masih ada dulu, dialah yang paling rapat dengan anak-anak saya selepas saya dan suami.

Beberapa orang pernah menyatakan bahawa Fifa mirip Mok. Terutama kerana kedua mereka berambut kerinting. Kakak saya pernah bergurau dahulu, kalau Mok mendukung Fifa, tentu orang akan katakan itu anak bongsunya (dan bukan cucu). Disebabkan wajah mereka yang seiras, dan juga sebab Mok kelihatan lebih muda berbanding usianya.

Allah.

Allah.

Allah.

Thank you Allah for my mother.

Ampunkanlah dosanya dan masukkanlah dia ke dalam syurga-Mu.

Mok, Kakngah rindu pada Mok.

Allah.

4 comments:

Ummu Auni

my heart is tearing. Moga Allah beri kedudukan yang terbaik for your mother taktala ini dan akhirat kelak. Rindu..

knv

semoga bertemu kembali disyurga.

aida

:)

SMM

ummu auni,
amin.

knv,
amin.

aida,
:(

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP