Tiga hari di Terengganu
Sewaktu cuti hujung minggu yang panjang minggu lepas, saya telah pergi ke Terengganu untuk melawat nenek dan saudara-mara. Perhatikan bahawa saya telah memilih untuk menggunakan perkataan ‘pergi’ dan bukannya ‘pulang’ atau 'balik'. Sewaktu kecil, jika ditanyakan di mana kampung saya, begitu mudah untuk saya menjawab ‘Terengganu’. Ibu dan ayah saya berasal dari sana, nenek datuk dan ramai saudara-mara tinggal di sana, kami pulang mungkin dua atau tiga kali setahun kebiasaannya waktu raya dan cuti sekolah. Saya punya banyak kenangan indah di sana zaman kanak-kanak dahulu.
Namun kini, jika saya ditanyakan “Kampung di mana?” Saya akan jawab, “Terengganu, tapi bukan parents di sana, nenek.” Jika ditanyakan pula, “Where are you from?” Saya akan jawab “Selangor.” Atau kadang-kadang, “Bangi.” Hakikatnya, saya dibesarkan di Bangi, Selangor (walaupun rumah ibu bapa saya bukanlah beralamat Bangi, tapi banyak urusan kami di sana, daripada hal sekolah, klinik, pejabat pos, kedai, pasar dan sebagainya. Semenjak dewasa ini, saya rasa semakin jauh daripada Terengganu. I somehow don’t feel belong. Hendak-hendak lagi setelah bonda saya meninggal dunia. Satu ‘link’ maha penting sudah tiada. Tetapi saya tahu ramai saudara-mara saya di sana dan sudah menjadi satu kewajipan untuk melawat mereka untuk mengeratkan silaturrahim.
Berbalik kepada cerita ‘balik kampung’ tadi, Alhamdulillah objektif bermusafir tercapai apabila saya berjaya melawat nenek, enam ibu saudara dan dua bapa saudara dengan keluarga masing-masing. Beberapa bingkisan cerita waktu di sana:
SATU
Kami bertolak lewat petang Jumaat, dan lalu di bandar Kuala Terengganu lebih kurang jam 2 pagi. Saya terkejut melihat begitu ramai anak muda dengan motosikal masing-masing di atas jalan raya pada waktu sebegitu. Beratus-ratus jika saya tidak salah. Kata orang Terengganu, ‘ber-ghiok’ (ok, tak tahu nak eja). Ada yang tertunggu-tunggu, melihat-lihat. Saya tidak pasti apa yang sedang berlaku. Saya rasa cuak dan sedikit cemas. Dan yang paling penting, saya rasa rusuh, seolah-olah satu lagi belon udara (bubble) tempat saya mengasingkan diri daripada realiti, sudah pecah. Yang terlintas dalam kepala saya: Beginikah anak-anak muda di Terengganu? Ok, mungkin di tempat lain pun sama sahaja, cuma saya yang tidak pernah keluar lewat malam (atau awal pagi?) untuk melihatnya sendiri. Kalau saya jadi ibu bapa yang punya anak muda di sini, saya akan risau dengan serisau-risaunya. Subhanallah.
DUA
Saya sempat ke pantai berhampiran lapangan terbang untuk mengambil angin petang. Subhanallah, seronoknya rasa dibuai tiupan angin. Sea breeze is one of my favourite things in this world! Pantai ini mempunyai dataran pasir yang landai dan luas, pasirnya cantik, memang banyak potensi. Tapi. Ya, tapi. Ia kotor! Pantai ini penuh dengan sampah-sarap. Seseorang mungkin terfikir, “Alah, sehelai plastik je.” Tapi kesan tidak langsungnya besar. It has a compounding effect. Orang berikutnya akan fikir, “Alah, orang lain selamba je buang kat sini.” Jangan dianggap perkara ini enteng atau kecil. Saya teringat ‘broken window theory’. Saya petik daripada laman Wikipedia: An ordered and clean environment sends the signal that this is a place which is monitored and people here conform to the common norms of non-criminal behavior; a disordered environment which is littered, vandalized, and not maintained sends the opposite signal: this is a place where people do as they please and get away with it without being detected. Therefore, as people tend to act the way they think others act, they are more likely to act "disorderly" in the disordered environment.
TIGA
Baiklah, cerita terakhir lebih ‘ringan’. Mujur.
Suatu hari Munief bertanya, “Tok Yang (nenek saya/moyangnya) orang Indonesia ke?”
“Eh, taklah. Kenapa?” Saya bertanya kembali.
“Dia cakap lain. Macam Indonesia.”
Saya tergelak. “Bukan bahasa Indonesia. Itu ‘bahasa’ (yang sebetulnya loghat/dialek) Terengganu!”
Munief, Munief. Macam mana boleh loghat Terengganu kedengaran seperti bahasa Indonesia pula?
5 comments:
1 & 2, Malaysia is not an organised country. Susah nak buang mentaliti tidak apa.
3. Hihi....Munief reti tak cakap ganu? :)
Ummu Auni,
3. tak reti. dia takde dgr siapa2 guna selalu. even at my dad's home (in sg merab) kami adik-beradik cakap biasa (selangor?) je..
slh satu sbb niza suka ke terengganu pun sebab pantainya bestttttt sgt, x sama dgn penang's. angin laut china selatan subhanallah, no words to describe. pasir dia pun halusss sgt, putih, so nice. tp btol, byk pula sampah2. jahat tgn manusia ni.
kngah, munief kelakar! hee. agaknya dgr org ckp utara jd bahasa apa pulak eh? lol. cuba kngah tanya :P
niza, sebenarnya satu lg sebab munief tanya ialah sinetron indonesia selalu tertayang di tv!
munief tak pernah pulak tanya bila balik kedah. though kadang-kadang dia tanya maksud.
Assalamualaikum Mynie...
lama tak dengar cerita... MUnief darjah satu ke tahun ni 2013?... sekolah kat skbbb ke?
ni no phone saye.. kalau free call ye.. may be boleh jumpa ke...
0196786365..
-Rizza-
Post a Comment