My Mom is Amazing version two
Semalam saya mimpikan arwah bonda saya. Beliau memakai telekung putih, dengan wajahnya begitu putih bercahaya. Saya peluk kakinya, lama. Dan saya peluk tubuhnya. Dia bertanya, “Kenapa, Kakngah?” Saya jawab, “You’ve been asleep for so long.” Mainan syaitan? Atau hadiah daripada Allah ‘mempertemukan’ saya dengan bonda? Bagi saya, ini adalah manifestasi kepada minda bawah sedar (subconscious mind, atau Prof Dr Muhaya lebih suka sebutkan sebagai ‘minda segar’) saya. Saya pernah sebutkan pandangan saya tentang mimpi dalam post bertahun-tahun dahulu. Petang semalam, dalam perjalanan pulang dari pejabat, saya mengenang dan mengingati bonda hingga basah pipi dan merah mata apabila tiba di rumah. Saya selalu begitu dalam perjalanan pulang dari pejabat. Bersendirian, bertemankan fikiran sendiri, mudah sahaja ingatan menerawang kepada beliau.
Pagi ini pula, dalam perjalanan ke pejabat, saya terdengar nasyid ‘My Mom is Amazing’, yang saya pernah kongsikan dalam blog ini dahulu. Liriknya begitu menyentuh hati. Konteks dahulu lain, konteks kini sudah berbeza sama sekali. Saya kongsikan sekali lagi.
My Mom is Amazing
By: Zain Bhikha
By: Naadira Alli, Zain Bhikha & Linda Gcwensa
She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don't you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel
Then she makes something warm for me to drink
Cos it's cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing
BRIDGE/CHORUS:
She makes me feel
Like I can do anything
and when she's with me
there's no where else, I'd rather be
After School, she's waiting by the gate
I'm so happy that I just can't wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes
Then I wind her up cos I don't wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing
BRIDGE/CHORUS
In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess
I'm so happy, I don't want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that's so amazing
BRIDGE/CHORUS
Then I wake up in the morning, she's not there
And I realize she never was
And I'm still here in this lonely orphanage
With so many just like me
And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there's a pain in my heart that's a craving
How I wish I had a Mom that's amazing
Would be amazing
Saya lebih bernasib baik. It wasn’t all a dream. I DO have a mom that's amazing, thank you Allah. Cuma dia sudah berpindah ke alam berikutnya. Saya yakin, kami akan bertemu kembali, insya-Allah.
Friends, do me a favour. Go and give your mum a hug, and tell her you love her. Do it for me. Kalau saya dulu, saya akan sebutkan “Sayang Mok” atau “Kakngah sayang Mok”. Allah.
Semoga semua perkara baik yang saya kerjakan, ada bahagian buatnya. Kerana bondalah yang mengajar saya bersolat, mengaji dan mendengarkan bacaan al-Quran saya sehingga khatam, mendidik saya menjadi seorang yang baik (eh, baik ke? Err.. Insya-Allah).
Haih, kerap pula saya menulis tentang gemulah bonda. Yang terakhir, baru selang enam tujuh post barangkali. Usah risau, kawan-kawan, minggu depan saya akan menulis tentang cerita lain yang lebih ceria. Saya pun tidak mahu bersedih-sedih selalu.
8 comments:
thanks for the reminder about your mom :)
sering peluk n cium mak tiap kali balik kg...semoga mak saya sentiasa dilindungi Allah..
alfatihah buat arwah ibu anda..dan smua muslimin muslimat..
Kngah, masa mok ada dulu, masa niza n mok hanya duduk berdua berborak, mok slalu bercerita psl korang semua. Psl melawat kngah di tkc, psl kngah blaja pandai, psl hampir semua. N mok kata kngah ni lembut orgnya, tutur kata bahasa sungguh berlemah lembut, xpandai nk marah etc. Niza teringin nk bagitau kt setiap sorg dr korang apa yg mok bitau niza. Xtau knp bila niza fikirkan, rupanya dia dah tau dia bakal meninggalkan kita, so dia bitau niza psl anak2nya, seriously. N paling touching adalah bila mok pnh ckp, kalo nnti mok xde, mmg mok hrpkn ke alya, dia mmg ada ciri2 mcm mok, dia bole diharap. Emm. Mcm dah tau2 kan.
Big hug from me n thanks for reminding dear. Nak print the lirik, very touching.
dear all,
thank you.
niza,
wah, really? baguslah sempat have the heart-to-heart talk. thanks for sharing what she said about me. kalau ada lagi, citer ye nanti..
no matter how's your relationship with your parents, you'll miss them when they are gone. how true it is
Thank you for the reminder. Reminds me of my Allahyarham abah :( Sama2 lah kita berdoa untuk dua orang yg paling berjasa dalam hidup kita, yg takkan terbalas jasa oleh kita hatta apapun yg kita lakukan..alhamdulillah, bersyukur kita dikurniakan ibubapa yg sedemikian.
Mimpi yg baik, for me, it's a 'hadiah' from Allah :)
shafida
ummu auni,
kalau tak rapat pun rindu, apatah lagi kalau rapat...
kak shafida,
amiin.. may Allah reward our parents.
Post a Comment