Friday, March 02, 2012

Home sweet home

Sungguh pantas masa berlalu, sedar tidak sedar, sudah lebih setengah tahun kami berpindah ke kediaman sendiri. Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana telah mengizinkan kami berlindung di bawah rumah yang selesa ini. Sebagai bonus, Munief dan Afiefah mula tidur di bilik berasingan sejak hari pertama kami berpindah lagi tanpa susah dipujuk dan dilatih, kerana dari awal kami sudah ceritakan pada mereka bahawa itu bilik mereka. Tapi kini, mereka suka juga tidur di ruang keluarga atau di bilik tamu. Hingga tiga lokasi mereka giliri!

Tercapai jua impian saya untuk mengkhususkan sebuah bilik sebagai 'perpustakaan mini' di rumah. Bilik ini juga menempatkan workstation saya dan suami (apabila di rumah). Ini gambar saat kemas ya. Pada kebanyakan masa, lantai di bilik penuh dengan buku, pensel warna, kertas dan mainan.


Bukan sahaja di perpustakaan, di ruang keluarga juga tidak kurang sepahnya! Saya masih bertatih hendak belajar 'teknik' mengurus kediaman. Tekniklah sangat, sebenarnya antara malas dengan rajin sahaja. Dan saya mengakui saya lebihnya malas berbanding rajin, hoho. Mujur ada pembantu yang boleh datang apabila diminta. Itu pun saya tidak mahu bergantung padanya, jadi saya masih mencuci rumah saya setiap hujung minggu setakat yang mampu. Saya agak berkira dengan barang apa yang dibeli dan akan 'tinggal' di rumah kami. Pandangan saya, semakin banyak barang, semakin kurang ruang, dan semakin banyak masa diperlukan untuk menguruskan barang-barang. Less is more!

Dapur rumah saya kecil sahaja, lebih kecil berbanding kebanyakan dapur standard. Tapi ia optimum untuk kegunaan (dan penjagaan) harian keluarga saya. Cuma, apabila ada parti atau kenduri, terasalah sedikit kecilnya. Sebelum ini, di rumah bonda saya, oven yang digunakan jenis mudah alih dan disimpan di tepi apabila tidak digunakan. Leceh juga perlu mengangkut oven ke atas kaunter dapur berhampiran suis elektrik apabila hendak menggunakannya, dan selepas guna, angkut kembali ke tempat simpan. Alhamdulillah, dengan adanya oven yang tetap kedudukannya di dapur sendiri, lebih mudah dan kerap saya menggunakan. Jika sebelum ini cara membakar lebih banyak digunakan untuk kek, biskut, dan sebagainya, kali ini saya juga cuba untuk memasak kentang, daging, ayam dan ikan di dalam oven juga. Saya suka! Boleh tinggalkan sahaja di dalam oven dan sementara tunggu masak boleh buat kerja lain.

Ikan salmon, diperap dengan lemon, bawang merah, garam, lada hitam, rosemary dan ditinggal selama 30 minit dalam suhu 200 C.


Saya juga mula membuat 'meal plan'. Bukanlah bermakna saya ikut seratus-peratus, masih ada fleksibiliti, tapi ia membantu. Saya dapat merancang senarai barang untuk dibeli, dan saya tahu apa yang perlu dikeluarkan daripada bahagian sejuk beku ke bahagian peti bawah pada waktu pagi bagi dinyahbeku supaya saya boleh terus mula memasak apabila pulang dari pejabat. Peti sejuk saya tidak diisi penuh-penuh kerana saya cuma membeli barang dapur untuk jangkaan kegunaan lebih kurang seminggu sahaja. Cuma kini, saya perlu menulis 'meal plan' saya dengan tulisan 'sebutir-sebutir' kerana Munief mengadu tidak dapat membaca tulisan sambung (cakar ayam?) saya. Hehe, saya sangkakan saya seorang sahaja yang akan rujuk 'meal plan' yang tertampal di peti sejuk itu.

Saya juga mengamalkan konsep 'masak banyak dan bekukan'. Objektif saya dalam pengurusan makanan dan dapur jelas: menyediakan hidangan seimbang yang berkhasiat untuk keluarga dalam jangka waktu kurang 30 minit setiap waktu makan secara purata (kecuali sarapan, kurang 15 minit). Ah, nikmatnya ada dapur sendiri! Saya bukanlah pandai sangat memasak. Setakat untuk makan sendiri, bolehlah. Tapi saya masih ada rasa ingin 'bereksperimen' dan mencuba resepi baru. Saya harap rasa ingin mencuba-cuba ini akan kekal lama.

Apabila pulang ke rumah setelah bermusafir atau tidur di tempat lain meskipun cuma semalaman, perasaan saya nyaman dan bahagia sekali. Ahhh ... I'm home.

6 comments:

afidalina

like like!

aida

i am still jealous of your mini library :)

Mamaboyz

camne kau masak 30 minit je? pls pls bg tau aku

SMM

afi,
i like too hehe ;)
eh your blog dah private? pls invite me mynie.mat@ gmail.com
thanks!

aida,
awak pun dah ada mini library dlm poket hehe :) (eh bukan poket, handbag)

bas,
objektif saja, tak semestinya dah tercapai! haha :)
having said that though, i think i'm not doing too bad. i constantly check the clock, but i've never actually keep any record.
i've mentioned some of the things i do to cut time in the blogspot eg
1) using the oven
2) cook in big batch and freeze portions
3) i also try to do 'one time work for multiple meals' (eh mcm sama dgn above, but not exactly the same) for example, roast chicken lebih, then asingkan some isi and keep the next day to eat as wraps, masak nasi lebih for the next day punya nasi goreng, masak sup lebih for next day punya nasi ayam, potong bawang byk2 sekaligus, steam vege in the same pot as my baby's bubur. that's why 'meal plan' helps.
4) i consciously go for quick-to-prepare meals like pasta.
bila malas/tak larat, i do go for fast food 'assembling' jugak like fish & chips or burgers (less healthy :( ) and i do eat out and tapau jugak (sometimes that's even written in the meal plan hehe)

wah panjangnya, ni dah boleh buat a blogpost on its own ;p

Nida

Cantik mini library, blh masuk dlm magazine.

SMM

kak nida,
cantik utk sesi penggambaran je. 5 minit lepas tu sepah balik haha ;p

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP