Ayam bakar
Maaf ya, Aida, sebab post ini tertangguh sehingga sebulan lamanya.
Semenjak tinggal di rumah sendiri lebih kurang setahun ini, saya lebih bersungguh bakar-membakar ayam. Saya suka, sebab masa penyediaan tidak lama, dan kemudian boleh tinggal sahaja dalam oven dan tidak perlu diselia seperti jika menggoreng atau mereneh.
Asasnya, ada dua jenis bahan yang diperlukan untuk marinade ayam. Pertama, lemak/minyak - saya guna sama ada mentega atau minyak zaitun. Yang kedua, bahan perasa/perencah. Yang paling asas ialah garam. Dan lada hitam, jika suka (dan jika tak alergik! :) ). Ya, kalau sekadar mentega dan garam sudah cukup. Tapi biasanya saya tambahkan herba kering seperti basil, parsley dan oregano (bukan semua sekali, boleh jadi salah satu sahaja). Kemudian, boleh tambahkan juga bahan segar seperti bawang besar, lemon, lada benggala dan tomato.
Herba-herba kering saya suka beli yang dalam paket plastik seperti dalam gambar di atas. Hanya 3-4 ringgit berbanding membeli botol kaca dengan tambahan harga sekali ganda harga. Botol lagi satu di dalam gambar ini pula salah satu shortcut saya iaitu marinade daripada Nando's (harganya lebih kurang 10-11 ringgit sebotol). Senang dan sedap. Minggu lepas, saya buat ayam bakar guna sos Nando's ini (gambar di bawah).
Jika mahu buat ayam bakar gaya timur pula, gantikan bahan-bahan perasa/perencah kepada serai, halia, ketumbar, jintan, kicap dan madu.
Setelah dilumur dengan mana-mana marinade atau perencah pilihan, masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu lebih kurang 180-200 darjah Celcius. Masa pula bergantung kepada berat dan saiz potongan ayam. Rule of thumb - 20 minit bagi setiap 400g lebih kurang. Jika saya masak ayam seekor (sama ada tidak dibelah langsung atau gaya butterfly), lebih kurang 60-80 minit. Kebiasaannya untuk makan malam sekeluarga, saya masak dua keping chicken quarters, selama 40 minit. Terbalikkan halfway through the time for even browning. Ada juga cara memasak yang dimulai dengan shallow fry dulu ayam (dengan beberapa bahan) sebelum dimasukkan ke dalam oven, tapi saya tidak pernah cuba. Oh, sebenarnya saya guna cara ini bila buat ayam percik (resipi Chef Hanieliza).
Side dishes. Bagi karbohidrat, saya biasanya menyediakan kentang (anak-anak lebih suka nasi sebenarnya, tapi mak bapak lagi suka kentang jadi kena veto haha ;p). Pilihan kentang tiga jenis sama ada goreng (fries), mashed (rebus, kemudian lenyek dengan mentega, sedikit susu, lada hitam dan keju jika ada), atau bakar sekali dengan ayam. Jika mahu bakar sebekas dengan ayam, potong mengikut saiz yang sesuai supaya masak sekaligus dengan ayam. Contohnya, jika saya bakar chicken quarter seperti dalam gambar di atas, saya hiris kentang lebih kurang 1 cm tebalnya. Boleh juga potong bentuk kiub. Jika bakar lama (seekor ayam) bolehlah letak sebiji-sebiji kentang jika tidak besar, atau dibelah dua jika besar. My favourite is mashed potato.
Bagi sayur-sayuran pula, juga ada tiga cara penyediaan. Pertama, kukus (biasanyanya digandingkan dengan kentang lenyek, sebab sambil rebus kentang boleh kukus sayur sekaligus). Sayur yang sesuai untuk dikukus ialah lobak merah, brokoli dan bunga kobis (cauliflower). Lepas kukus boleh gaul dengan mentega dan herba jika suka, kalau dibiarkan begitu sahaja pun sudah memadai. Kedua, bakar sekaligus dengan ayam. Jenis sayur yang sesuai ialah tomato, lobak merah, lada benggala. Ada lagi yang rasanya sesuai tapi saya belum cuba (sebab tak mudah cari atau kalau ada pun harganya mahal) contohnya zucchini dan aubergine. Yang ketiga pula paling mudah, iaitu salad! Nak cerita pasal salad panjang jugalah, tapi yang paling asas bagi saya ialah satu jenis lettuce (butterhead, iceberg atau coral dsb) dan buah tomato.
Sos/dressing. Kalau ayam bakar saya baru biasa memasaknya lebih kurang setahun, sos untuknya pula lagi baru, mungkin baru tiga empat kali saya mencuba. Biasanya saya cuma akan menumis bawang, letak sedikit tepung, lemak ayam yang telah cair (daripada ayam bakar), lada hitam, air, dan kalau ada letak cendawan. Kadang-kadang saya blend/puree, kadang-kadang tidak. Rasanya pun, kadang-kadang sedap kadang-kadang tidak! Hahaha :) Kesimpulannya, masih perlu banyak bereksperimen di dapur.
Ha, itu dia - perkongsian resipi yang tiada senarai bahan, tapi macam karangan esei BM berperenggan-perenggan. Selamat mencuba, ya! Selepas ini, saya mahu cuba buat meatloaf pula, tapi masih belum terbayang caranya sebab saya belum betul-betul cari resipi untuk dicuba.

5 comments:
saya pakai kicap sos tomato serbuk cili. garam dan mentega belum pernah.
aida,
saya belum pernah cuba sos tomato & serbuk cili. bolehlah cuba lepas ni. thanks :)
Saya bakar ayam resipi ala melayu aje. Kunyit, garam, halia. Kalau rajin buat percik ala kelantan, tapi byk kali yg tak rajinnya.
kak suraiya,
perap dengan garam dan kunyit pun dah cukup sedap, cuma lama lah nak tunggu masak cara bakar, berbanding dengan goreng.
mar tought me a recipe once, just mix mayo n tomato sauce 1:1 ratio then gaul and bakar, best to use chicken wings... sedap!
i usually blend onions and garlic and add black pepper, and marinade the chicken with it, push in butter cubes underneath the skin, then push in half lemon n half onion into the inside of the chicken and bakar
Post a Comment