Thursday, December 27, 2012

CK: Aku boleh!

Bola boling bergolek keluar. Aku mengelapnya sebentar dengan kain sebelum memasukkan jari-jemariku ke dalam lubangnya dan mengangkatnya. Aku bergerak menghampiri lorong boling dan meluncurkan bola boling dari tanganku dengan yakin. Aku terlompat-lompat ke kanan, cuba menyeimbangkan badan kembali. Degum-degam bunyi pin boling berjatuhan. Boleh tahan, hanya tinggal satu pin masih berdiri.

Aku duduk, menanti bola boling dihantar kembali. Seorang kanak-kanak memandangku dengan lama sekali. Aku melemparkan senyuman mesra kepadanya.

Aku mengambil bola bolingku dan membuat lontaran kedua. Kena! Aku tersenyum puas. Beberapa orang yang tidak ku kenali bertepuk tangan, meraikan dan memberi sokongan kepadaku. Aku kembali ke tempat duduk dan memandang skrin markah. 152. Bukan markah terbaikku, tetapi masih cukup bagus. Alhamdulillah. Rekodku setakat ini 165 markah. Dan aku nekad akan memperbaikinya lagi.

Sebab itulah aku gemar bermain boling. Aku hanya fokus membaiki permainanku sendiri. Aku tidak risaukan pihak lawan. Kadangkala aku bermain juga dengan sahabat-sahabatku, namun ia masih sama. Bola boling aku masih meluncur di lorongku sahaja dan bola boling mereka tidak mengganggu bola boling aku. Aku bermain dengan rentakku sendiri. Semuanya terletak pada kekuatan mindaku. Aku katakan pada diriku bahawa aku boleh, dan sememangnya - aku boleh!

Aku menghirup air minuman menghabiskan sedikit baki yang masih bersisa sebelum melemparkannya ke dalam tong sampah. Aku bangkit dan mengambil tongkat kakiku, dan menyelitnya kemas di bawah ketiak kiri. Dengan langkahan tenang, kaki tongkat kaki tongkat bergilir, aku bergerak ke kaunter bagi memulangkan kasut boling yang disewa - hanya sebelah.


4 comments:

cysev3n

more CK please!

SMM

CY,
will try insya-Allah :)
could you guess? this is based on a real life one-legged bowler who played besides me and family a couple of weekends back. he's really good masya-Allah.

Al-Manar

That is nice. It tells us how lucky we are to have lived through another 31st December. Life goes on; and what have we not achieved that we will try to make up now?

SMM

Pakcik Al-Manar,
Indeed, Alhamdulillah for the nikmat that Allah has bestowed upon us. May the people who remind us of how lucky we are gets rewarded, even if it was not by intention. Life goes on, and may we better persons and Muslims every day. Amin.

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP