Surat buat Munief
Assalamualaikum Munief, anak Ummi yang soleh dan bijak,
Cepat betul masa berlari. Sedar-sedar, Munief dah nak masuk sekolah rendah, satu takah baru dalam hidup Munief. Ummi harap Ummi dan Abi dah beri yang terbaik buat Munief setakat ini. Jika tidak, semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami tidak memegang amanahnya dengan sempurna, dan semoga Munief juga maafkan kekurangan kami.
Munief, Ummi ada beberapa pesanan buat Munief bersempena hari besar dalam hidup Munief melangkah ke alam persekolahan hari ini (semalam):
- Bukan apa yang cikgu ajar di sekolah sahaja yang kita boleh belajar. Ada banyak lagi perkara lain di luar kurikulum sekolah yang boleh kita pelajari. Ingat tak, kita pernah bincang pasal ni? Munief beritahu Ummi, apa yang Munief minat nak tahu lebih lanjut, Ummi akan cuba cari buku, sumber internet, kursus, atau orang yang tahu untuk Munief.
- Sifat ingin tahu Munief kuat dan tidak padam, bagus tu. Ummi suka bila Munief bertanya banyak soalan. Kalau ada peluang, Munief boleh teruskan bertanya pada cikgu dalam kelas. Tapi, kadang-kadang cikgu tidak sempat hendak melayan soalan semua anak murid sebab waktu yang terbatas. Jadi, kalau Munief ada soalan, Munief catatkan dulu dalam buku nota yang Ummi bekalkan (takut terlupa). Insya-Allah, Ummi dan Abi akan cuba jawab di rumah.
- Munief fokus pada cikgu bercakap di hadapan kelas, ya? Dengar, supaya lekas faham. Kalau boleh, duduk di barisan hadapan.
- Kawan-kawan di sekeliling kita banyak mempengaruhi diri kita. Jadi, Ummi harap Munief akan pandai memilih untuk berkawan dengan kawan yang baik-baik.
- Kawan-kawan di sekeliling kita banyak mempengaruhi diri kita. Tapi, jika kita punya jati diri dan kenal siapa diri kita dan nilai kita, kita akan mampu menolak pengaruh kurang baik, malah boleh pula menjadi pengaruh baik kepada kawan-kawan kita.
- Setiap kita ini unik dan berbeza. Munief akan berjumpa dengan orang-orang yang mungkin berbeza daripada kita, tak semestinya perbezaan yang nampak di mata tapi juga yang tidak terzahir, contohnya sistem nilai, sikap, latarbelakang dan sebagainya. Berlapang dadalah dengan kepelbagaian yang Munief jumpa, di samping memperkukuh jati diri.
- Jika ada apa-apa masalah, bertenang dahulu dan kemudian fikirkan cara selesaikannya. Jika rasa apa yang terjadi satu kesilapan besar, fikirlah - satu tahun dari sekarang, apa kesannya? Kadang-kadang perkara itu kecil tapi kita rasa besar.
- Ingatlah Allah selalu dalam apa-apa yang Munief belajar dan buat. Allah sentiasa melihat dan memerhatikan kita.
Akhir kata, Ummi harap Munief akan berseronok di sekolah, belajar banyak perkara baru, merasai banyak pengalaman baru dan mendapat banyak kawan baru! :)
P/S: Only the first day and already I've 'screwed up' yesterday. I'm sorry, my son. The plan was for me to go see you after sekolah agama but was held up by a 'crisis' at work (blergh). I didn't have the sense to call your dad because I thought there is still time. Luckily your MakLong was around to assist you. I waited for you at sekolah rendah and then the pakcik van said he had dropped you off in an earlier trip! I looked for you frantically at the canteen, growing more panicky by the minute and there you are - all cool and no sign of stress at all (the opposite of what I was then). You were listening to the announcement getting the Standard 1 kids to queue by their classes and asked (in BM), when you see me: Which class am I in, again? You have no idea how relieved I was. You have shown that I shouldn't be worrying much about you. You were cool and calm. Stay that way, son.

3 comments:
TAHNIAH MYNIE, ANAK DAH NAIK TAHUN 1. SAYA MELALUINYA TAHUN LEPAS. SEPERTI YANG PERNAH SAYA SEBUT, HIDUP KITA LEBIH KELAM-KABUT APABILA ANAK-ANAK MULA MEMASUKI SEKOLAH SEBENAR (SELEPAS PRASEKOLAH).
alhamdulillah. insya-ALLAH semuanya baik2 aja ya munief.
Kak Suraiya,
Betul, jadual sekarang lebih hectic. Mudah-mudahan kami dapat biasakan diri segera dan semoga Allah permudahkan.
Yan,
Insya-Allah. Terima kasih atas doa.
Post a Comment