Mesyuarat PIBG
Asalnya saya tidak bercadang hendak mengambil bahagian, terpengaruh dengan khabar seorang rakan yang menceritakan kekecewaannya dengan beberapa perkata tidak efisyen yang berlaku. Namun, mujurlah ibu mertua saya mengesyorkan, cubalah pergi sekali, tengok sendiri. Alhamdulillah, I'm glad I went to my first mesyuarat PIBG last Saturday, although I spent more than 4 hours there! (Wish it were shorter. Meetingnya 2 jam je, tapi ada agenda lain). Ya, memang ada bahagian-bahagian yang boleh ditambahbaik, namun secara keseluruhannya, masih boleh tahan (reasonable/tolerable).
Sekolah itu bukan sekolah pilihan pertama kami buat Munief. Bukan juga kedua atau ketiga. Namun, sudah berjodoh begitu agaknya, saya kembali ke sekolah tempat saya belajar lebih dua puluh tahun dahulu, kini bagi menghantar anak sulung. Kebetulan, adik bongsu saya baru menamatkan persekolahannya di situ, jadi Munief kini menjadi penyambung legasi keluarga kami. Sewaktu saya bangkit memberikan cadangan tempoh hari, saya perkenalkan diri dengan menyebutkan nama, dan memaklumkan saya bekas pelajar tahun 87-92 (dengan bangga).
Saya gembira kerana berpeluang bertemu muka dengan bekas rakan sekelas. Kami tidak pernah berjumpa sejak masing-masing meninggalkan sekolah itu dua puluh tahun lalu. Dia bertugas sebagai seorang guru dan baru ditukarkan ke sekolah lamanya. Saya teruja mendapat tahu dia mengajar Matematik kelas anak saya. Saya tambah teruja kerana dia dengan cepat meneka yang mana satu anak saya. "Munief kan? Ada rupa awak!" (Saya tak selalu dapat komen sebegini). Ini juga menunjukkan Cikgu A kenal dengan setiap anak muridnya.
Terserempak dengan Ustaz R, guru Bahasa Arab, saya mengambil kesempatan memperkenalkan diri saya sebagai ibu Munief. Panjang lebar dia bercerita, semuanya mengujakan saya. Dia mengatakan tentang kanak-kanak yang berfikir sesuatu yang tidak terfikirkan oleh orang dewasa. Tentang cara pengajaran yang menarik di kelas termasuk aktiviti bermain dan puppet. Tentang waktu yang lebih banyak diberikan bagi murid-murid bercakap dan mengambil bahagian di dalam kelas. Tentang menggalakkan murid yang sudah faham mengajarkan rakan-rakan yang lain. Tentang cara dia menggembirakan murid-muridnya dengan membelikan mereka gula-gula pada hari dia mendapat gaji. I feel so assured mendengar kata-katanya. Nampak ketara, dia seorang guru yang berdedikasi. Jadi, kini saya sudah kenal dengan 3 daripada guru-guru anak saya. Lagi berapa yang tinggal agaknya.
Sewaktu perlantikan AJK, rakan saya Cikgu A menyarankan supaya saya libatkan diri secara aktif. "Saya calonkan awak, ya?" Saya menolak. Kata saya, saya mahu terlibat dan menyumbang, tetapi bukanlah secara rasmi. Saya rasa saya tidak dapat berikan komitmen yang sebaiknya. Selepas mesyuarat berakhir, saya pergi berjumpa dengan pengerusi PIBG bagi menyatakan sokongan peribadi saya terhadap salah satu usul yang dibincangkan, menawarkan diri membantu pihak yang terlibat untuk mengusahakan tindakannya.
Di dalam mesyuarat, ada seorang warga emas berpangkat datuk kepada murid, yang aktif memberikan cadangan dan pendapat, sehinggakan ada ahli yang mencalonkannya sebagai pengerusi (tapi dia menolak, dan guru besar juga menyatakan dia tidak boleh kerana ibu bapa murid itu masih ada jadi merekalah ahli 'rasmi' PIBG). Saya lihat penglibatannya sebagai sesuatu yang menarik, kerana jauh daripada 'mengganggu kelancaran mesyuarat', dia sebenarnya membawa pengalaman dan pengetahuannya yang luas.
Sekian laporan :)

4 comments:
membaca entri ini menyebabkan aini rasa terkilan tidak pernah menghadiri mesyuarat PIBG sekolah anak. segan rasanya
ummu auni,
sementara masih ada semangat sebab anak baru darjah satu :) tapi ada je ibu yang first time datang tempoh hari, walaupun anak sulung dia dah keluar pun. siap kena lantik jadi AJK lagi ...
I come by accidence and find this particular posting nostalgic. You mention the elderly person, a grandfather, attending the PIBG. Last week I attended a gathering at one school of my my grandchildren. I felt so proud to witness my grandson step up the stage to receive a prize for his PMR. I would not mind volunteering time but the school is 400 km away from my current home.
Pak Cik Hassan, thanks for your comment and insight as a grandfather :) Do drop by again next time, intentionally rather than by accident :)
Siti M
Post a Comment