Thursday, July 26, 2007

Kereta lama & Women's Summit

SATU: Kereta lama

Panas telinga saya mendengar petikan berita di radio dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi. “Kerajaan belum membuat keputusan mengenai cadangan melupuskan kereta yang berusia 15 tahun dan ke atas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Naib Tun Razak hari ini. Sebelum ini, Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) mencadangkan supaya kereta yang berusia 15 tahun dan ke atas dilupuskan bagi mengelakkan kenderaan lama terus beroperasi sekali gus merancakkan perniagaan kereta-kereta baru.” Berita penuh boleh dibaca di sini.

Amboi, mudahnya strategi nak lariskan jualan kereta! Saya cukup geram bila mendengar cadangan-cadangan seperti ini, yang saya rasakan tidak adil kepada pengguna. Saya sendiri mungkin tidak bercadang untuk menggunakan kereta berusia lebih 15 tahun (kerana kami kurang mahir bab-bab maintenance kereta lama), tapi saya kenal ramai di kalangan keluarga dan sanak-saudara yang memiliki kereta lama menjangkau usia berpuluh tahun tetapi masih dalam keadaan yang elok. Ayah saya sendiri (sehingga dua minggu lepas) memiliki sebuah kereta ‘antik’ yang seusia dengan saya dan masih berfungsi dengan baik! Tidak saya nafikan, kereta lama membawa risiko lebih tinggi di jalan raya, tetapi ‘menghukum’ semata-mata berdasarkan usianya adalah tidak adil sama sekali. Semua pun tahu, cara sesebuah kereta digunakan dan dijaga boleh menentukan prestasinya. Jenama dan kualiti sesebuah kereta juga menjadi pembeza berapa lamakah jangka hayat yang lazim untuknya. Di UK, system saringan MOT diwajibkan supaya kereta yang dinilai ‘tidak layak’ (unfit) berada di jalan raya tidak membahayakan orang lain. Saya pun kurang pasti detail pemeriksaannya (Enjin? Chassis? Saya memang car-illiterate!), yang saya pasti dia bukan sekadar melihat tahun kereta dikeluarkan dalam geran.

15 tahun? Cuba bayangkan, sekiranya seseorang mengambil pinjaman kereta selama 9 tahun atau 10 tahun, berapa tahun sangatlah dia dapat menggunakan keretanya itu sebagai pemilik geran (tidak lagi ‘menyewa’) sebelum terpaksa melupuskannya? Realitinya, kereta masih merupakan satu produk yang mahal di Malaysia. Perkenalkanlah apa jenis pun pakej pinjaman – ia tetap tidak akan merubah fakta ini. (Peringatan: jangan ambil pinjaman kereta terlalu lama – kerana kereta cepat susut nilainya, seperti yang ‘diingatkan’ oleh cadangan FMCCAM ini) Ramai lagi rakyat Malaysia yang hanya mampu membeli kereta lama, usia dua puluh tahun mungkin, dengan harga kurang daripada lima ribu.

Mujurlah masih ada yang sedar realiti kehidupan rakyat sebenar di grassroot level. Dalam petikan yang sama, “Dalam pada itu, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (AAM), Datuk Aishah Ahmad pernah berkata cadangan itu tidak wajar diwajibkan, sebaliknya para pemilik boleh melakukannya secara sukarela agar tidak membebankan mereka yang kurang berkemampuan.” Saya berharap agar cadangan ini tidak akan diluluskan oleh kerajaan.

Ironiknya, hari ini merupakan Hari Pengguna Malaysia 2007.


DUA: Women's Summit

Tahun lepas pertama kali saya menyertai The Women's Summit, acara tahunan kemuncak anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tahun ini tema yang diketengahkan benar-benar menarik minat saya. Pada asalnya, saya sangkakan tarikhnya jatuh pada hari saya berada di kampung, tetapi bila dilihat kembali, saya tersilap. Jadi saya lekas-lekas mendaftar. Jom - mari ikut sekali! Kalau anda bekerja, cuba minta kebenaran daripada bos; biasanya mereka akan beri kelepasan - tak perlu ambil cuti. Tadi saya periksa laman The Women's Summit ini, pendaftaran masih dibuka. Ada lagi tempat. Sedikit info ringkas: tarikh 2 Ogos 2007, lokasi di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Sila rujuk laman web untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar. Di bawah saya copy dan paste teaser dari laman web tersebut.


Putting Women at the Heart of Development

Can Women Really Have It All? Must Women Give Up Work To Be Good Parents? Will Families Always Have To Suffer For Women To Pursue Their Careers?

Women represent half of the stored talent and potential available to power our country’s economic and social development. They enrich their chosen areas with their education and experience, making valuable contributions as leaders and decision makers.

With this in mind, can Malaysia as a nation afford to have women leave the workforce? What more can be done to break down the borders between work and home? Now in its fifth year, The Women’s Summit, organised by the Ministry of Women, Family & Community Development, has become an important focal point for discussing critical issues affecting women and their role in nation building. Be part of these discussions at The Women’s Summit 2007, themed Putting Women at the Heart of Development.

This year’s Women’s Summit, to be held at the Sime Darby Convention Centre on August 2, 2007, will bring together international and Malaysian thought leaders, policy developers and women from all sectors to address issues that impact upon women’s ability to realise their full potential. We believe, this Summit will have a role in paving the way for a more supportive work environment in Malaysia.

This year, there will be two major panel sessions followed by a Summit Roundtable which will be held at the same time as a choice of four different Learning Labs. The Labs are specialised training workshops that provide an opportunity to enhance your skills and be exposed to new ideas.

3 comments:

Anonymous

Mungkin patut wajibkan MOT selepas 10-15 tahun.

bAiTi

K.Mynie, JUTAAN TERIMA KASIH sbb sudi tanyakan tips interview untuk saya (*terharu..)

Insya Allah, with all the doa from dear friends + loved ones, I will do the BEST, insya Allah..

Thnx again for the tips, K.Mynie!! It really + definitely helps..

SMM

baiti, takde pape.. cuma satu email je :) kebetulan kenal org kat sana. i'm glad you find it useful... insyaAllah you can do it! :)

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP