Tuesday, October 28, 2008

Bernazar

Sewaktu berjumpa dengan seorang bapa saudara di musim raya ini, beliau telah kongsikan satu amalan yang juga diajarkan kepadanya oleh saudaranya yang lebih tua dan berilmu. Beliau menazarkan sejumlah wang untuk disedekahkan kepada masjid (atau badan-badan lain yang berhak) sekiranya keluarga dan harta (rumah, kenderaan) tidak ditimpa kemalangan. Nazar ini beliau perbaharui setiap enam bulan. Contoh nazar: Ya Allah, sekiranya aku, keluargaku dan hartaku tidak ditimpa kemalangan dari separuh pertama tahun 2009 ini, aku akan sedekahkan RM300 kepada masjid kariahku. Alhamdulillah, selama 15 tahun sejak beliau memulakan cara ini, beliau dan keluarga tidak pernah ditimpa kemalangan, walaupun sekecil kereta scratch sekali pun.

Sudah tentu, segala sesuatu itu ditakdirkan oleh Allah, tetapi saya lihat bernazar ini sebagai salah satu usaha yang boleh kita ikhtiarkan untuk mengelakkan kemalangan (atau kejadian lain yang tidak diingini), sama seperti kita berikhtiar untuk meningkatkan cara pemanduan yang lebih selamat, atau memasang sistem penggera keselamatan di rumah. Saya rasa tertarik dengan kisah beliau, sebab saya bukan tidak biasa dengan amalan bernazar ini - saya bernazar sewaktu hendak mengambil peperiksaan penting (supaya keputusan cemerlang) dan bersalin (supaya ibu dan anak sihat dan selamat), tetapi tidak terfikir pula untuk bernazar supaya keselamatan diri, keluarga dan harta terpelihara. InsyaAllah, saya akan mulakan.

Di bawah merupakan petikan yang saya jumpa sewaktu mengGoogle topik nazar. Penulis blog ini telah berbaik hati menyalin daripada kitab Pengantar Fiqh terbitan Pustaka Salam. Terima kasih.

NAZAR

Nazar menurut pengertian umum ialah mewajibkan sesuatu ibadat umum atau perkara yang tidak diwajibkan sebelumnya. Selain itu nazar juga bermaksud mewajibkan sesuatu yang tidak wajib dikerjakan secara khusus sebelumnya dengan lafaz yang menerangkan maksud. Contohnya seseorang berkata; Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini aku akan berpuasa selama seminggu.

HUKUM NAZAR

Amalan nazar sebenarnya telah diamalkan semenjak zaman sebelum Nabi Muhammad, Zaman Jahiliyyah dan terus diamalkan dalam Islam, di mana hukum bernazar adalah harus. Sebagaimana firman Allah;

DALIL NAZAR ZAMAN LAMPAU

"(Ingatlah) Ketika isteri Imran berkata:'Tuhanku! Sesunguhnya aku anzarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari sefala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui'." -(Surah Maryam:26)

"Maka makanlah dan munumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian apabila engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah; 'Sesunguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata=kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini". -(a-An'am:136)

DALIL NAZAR DISYARIATKAN DALAM ISLAM

"(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (Akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini." -(al-Insan:7)

"Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya..." -(al-Baqarah:270)

"Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya, dn hendaklah mereka menyempurnakan naar-nazarnya..." -(al-Hajj:29)

walaupun nazar disyariatkan serta diharuskan dalam syara', namun ia hanya boleh dilaksanakan terhadap tujuan dan perkara yang diharuskan oleh syara' sahaja. Hal tersebut berdasarkan dalil hadis yang diriwayatkan daripada Qatadah:

"Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah wajiblah ia laksanakan dan jika ia bernazar hendak menderhakai Allah tidak wajib ia laksanakan." (Riwayat al-Tabarani)

Justeru hukum nazar seseorang itu adalah sah jika ia bernazar untuk beribadat kepada Allah dan wajib dilaksanakan naar tersebut. Jumhur ulama' sepakat mengatakan seseorang bernazar untuk melakukan ketaatan kepada Allah, ia wajib melaksanakannya. Sebaliknya nazarnya tidak sah sekiranya dengan tujuan untuk melakukan maksiat kepada Allah atau nazar yang haram, jumhur ulama' sepakat mengatakan ia tidak boleh dilaksanakan, seperti bernazar di atas kubur, hendak meminum arak dan lainnya. Nazar jenis ini tidak sah dan tidak wajib ditunaikan bahkan haram jika dilaksanakan.

RUKUN NAZAR terbahagi kepada berikut:

1. Orang bernazar
2. Perkara yang dinazarkan
3. Lafaz nazar

ORANG BERNAZAR

Syarat orang bernazar ialah:

1. Berakal
2. Baligh
3. Islam
4. Tidak dipaksa dan kemahuan sendiri
5. Sanggup serta mampu melaksanakan apa yang dinazarkan

5 comments:

Aina Ana

Assalamualaikum Mynie,

Tak terpikir pulak nak bernazar demi keselamatan. Hmm..something to think about. Ada juga bernazar tp mostly untuk hal penting-penting je.

SMM

aina ana,
waalaikumussalam. samalah - saya pun sebelum ni tak terfikir nak bernazar utk keselamatan, tu yg tertarik tu. eh - keselamatan pun hal penting kan? hehe :)

aida

thanks mynie.. lama dah tak buat nazar, huhuhuh

Najah Farahin

pernahla bernazar skali...tapi masa spm dulu.hehe
tak terpikir lak hal2 keselamatan ek
-kaknajah-

SMM

aida, kak najah,
last time saya bernazar masa nak bersalin afiefah.. less than a year ago.. tapi belum habis bayar (puasa) lagi! tch tch :)

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP