Tuesday, February 26, 2013

Jadual, bukan cara

Pagi semalam, topik pagi di Radio IKIM berkait dengan berapa jumlah gaji yang membolehkan kehidupan selesa (atau yang lebih kurang seperti itu, saya tak dengar dari awal). Tapi yang saya nak cerita di sini, ada seorang pemanggil nak kongsi cara bagaimana nak kumpul satu juta ringgit dalam masa lima tahun. Rupa-rupanya, caranya ialah - dengan menyimpan lima ratus ringgit sehari! Erkk... Dia ada jugalah cadangkan supaya berniaga supaya boleh dapat lima ratus sehari tu, tapi still ... bagi saya dia cuma menerangkan 'jadualnya' dan bukan 'caranya'.

Teringat saya pernah terbaca panduan menulis novel dalam masa 30 hari. (Lebih kurangnya) Hari pertama, fikirkan plot. Hari kedua, fikirkan dan kembangkan watak. Hari ketiga, tulis bab pertama. Hari keempat, tulis bab kedua. And so on and so forth, sampai hari ke-tiga puluh, semak semula manuskrip anda. Arghhh... ini juga satu bentuk 'jadual'. Tak mustahil untuk dilakukan, tapi ini bukan menunjukkan bagaimana untuk lakukannya.

Kalau begitu saya pun nak kongsikan 'cara' bagaimana nak dapat sepuluh anak sebelum umur 35 tahun. Mula-mula, kahwin selewat-lewatnya pada usia 25 tahun. Setahun selepas kahwin, beranak anak kembar. Dua tahun selepas itu, beranak lagi sepasang kembar. Dan seterusnya, sampai dapat lima pasang kembar. Aci? Hahaha ... (Oklah, 'jadual' saya paling tak logik sekali hehe...)

4 comments:

cysev3n

aci sangat. haha. takpun, beranak awal tahun, lepas pantang karang, produce lagi.

SMM

hahaha.. betullah tu. beranak setahun seorang lebih probable berbanding nak dapat kembar (kalau sah-sah takde genetik), tapi mungkin sgt membebankan badan huhu ...

Ummu Auni

uish uish 500 a day? i'm impressed!
penciptaan jadual itu agar kita berdisiplin. Plot dah ada, entah bila lah agaknya nak kembangkan watak?

SMM

jadual tu mmg ya. tapi kalau nak save 500 a day, maknanya pendapatan kenalah at least 500 a day, that's RM15.5k/month. senang ke tak senang nak carik tu..

tulis novel dlm masa sebulan lebih probable sebenarnya. ramai je yg dah buat, menerusi Nanowrimo, misalan :)
selamat menulis! takpe kembangkan watak sambil-sambil tulis cerita terus hehe :)

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP